Posts

Showing posts from June, 2015

Huraikan kesan perjanjian Versailles yang ditandatangani pada 28/6/1919 terhadap Jerman

      Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling penting kerana berjaya menamatkan Perang Dunia Pertama. Perjanjian tersebut ditandatangani antara Parti Berikat dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Perjanjian Versailles telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dan penting kepada Jerman.           Perjanjian Versailles menyebabkan Jerman kehilangan wilayah dan jajahan takluk yang pernah dijajah. Malah, Jerman juga terpaksa menyerah wilayah Alsace dan Loraine kepada Perancis, wilayah Memel kepada Poland dan wilayah Saar kepada Perancis sebagai pampasan untuk ganti rugi perang yang telah terletus.           Jerman juga dikehendaki menyerahkan tanah jajahannya di seberang laut kepada Pihak Berikat seperti Shantung di China. Britain, Perancis dan Jepun pula mendapat Afrika dan rantau Pasifik. Selain itu, wilayah Samoa diserah kepada New Zealand manakala Yogoland dan Cameroon diserah kepada Britain dan Perancis.      Jerman juga dikehendaki mengiktiraf kemerdekaan Be