Huraikan kesan perjanjian Versailles yang ditandatangani pada 28/6/1919 terhadap Jerman
Perjanjian Versailles merupakan
perjanjian yang paling penting kerana berjaya menamatkan Perang Dunia Pertama. Perjanjian
tersebut ditandatangani antara Parti Berikat dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Perjanjian
Versailles telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dan penting kepada
Jerman.
Perjanjian Versailles menyebabkan
Jerman kehilangan wilayah dan jajahan takluk yang pernah dijajah. Malah, Jerman
juga terpaksa menyerah wilayah Alsace dan Loraine kepada Perancis, wilayah
Memel kepada Poland dan wilayah Saar kepada Perancis sebagai pampasan untuk
ganti rugi perang yang telah terletus.
Jerman juga dikehendaki
menyerahkan tanah jajahannya di seberang laut kepada Pihak Berikat seperti
Shantung di China. Britain, Perancis dan Jepun pula mendapat Afrika dan rantau
Pasifik. Selain itu, wilayah Samoa diserah kepada New Zealand manakala Yogoland
dan Cameroon diserah kepada Britain dan Perancis.
Jerman juga dikehendaki
mengiktiraf kemerdekaan Belgium dan Poland. Malah, Jerman dikehendaki membayar
pampasan berjumlah kira – kira 33 billion kepada Pihak Berikat akibat kekalahan
dalam perang dunia pertama. Jerman juga dikehendaki menyerah hak istimewa yang
dimiliki di tanah jajahannya. Buktinya, Jerman dipaksa menyerah hak istimewanya
di China, Mesir dan Morocco.
Perjanjian Versailles juga telah
melumpuhkan tentera Jerman kerana Jerman dilarang meningkatkan kekuatan pasukan
tentera. Perjanjian tersebut juga bertujuan untuk melucutkan senjata dan melumpuhkan
kekuatan tentera Jerman, dilarang membuat kapal perang atau kapal terbang dan
juga dilarang mambeli senjata, meriam besar dan kereta kebal. Semua sekatan ini
dikenakan kerana kuasa – kuasa lain sedar bahawa Jerman merupakan kuasa yang
hebat. Sekatan tersebut juga dikenakan kerana mereka takut bahawa Jerman akan
bangkit balik. Kekuatan angkatan tentera juga dihadkan kepada 100 000 orang dan
angkatan tentera laut Jerman dibenarkan memiliki enam buah kapal perang kecil
sahaja. Ini sangat penting dalam Perjanjian Versailles untuk memastikan Jerman
tidak mempunyai alatan peperangan yang cukup untuk mencetuskan peperangan atau
berperang dengan negara – negara lain.
Rakyat Jerman tidak puas hati
dengan perjanjian Versailles yang berat sebelah. Syarat – syarat yang
ditetapkan dalam perjanjian ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan rakyat dan pemimpin Jerman. Pada masa perjanjian Versailles
ditandatangani, pemimpin Jerman tidak diberi peluang untuk menyuarakan
pandangannya. Perjanjian Versailles ini juga dianggap tidak adil kerana menjejaskan
maruah dan kedaulatan Jerman sebagai sebuah negara yang kuat kepada negara yang
kecil dengan alatan dan tentera peperangan yang diminimumkan oleh negara – negara
seperti Amerika, Jepun dan Perancis melalui perjanjian tersebut.
Perjanjian Jerman juga telah
menyebabkan Jerman menyerahkan 12% daripada jumlah penduduk dan menyerahkan 13%
daripada daerahnya termasuk hasil besi dan arang batu. Hal ini sangat merugikan
Jerman kerana mereka terpaksa membayar ganti rugi peperangan dan penyerahkan
segelintir rakyat Jerman dan hasil negaranya lagi memburukkan keadaan Jerman.
Konklusinya, Perjanjian
Versailles menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan
rakyat Jerman. Matlamat perjanjian ini ialah untuk melumpuhkan Jerman sebagai
kuasa besar. Malah, perdana menteri Jerman, Philip juga meletak jawatannya sebagai
tanda beliau memprotes. Syarat – syarat yang terkandung dalam Perjanjian
Versailles menjadi faktor utama tercetusnya Perang Dunia Kedua.