Posts

Showing posts from July, 2019

Nilaikan konsep persekutuan di Amerika Syarikat.

Persekutuan bermaksud foedus dalam perkataan Greek bermaksud perjanjian. Gabungan beberapa buah wilayah dan negeri yang sebelumnya bebas mengamalkan pemerintahan bebas,selepas disatukan dibawah satu perlembagaan pusat dikenali sebagai persekutuan. Amerika Syarikat merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan pada abad ke-18. Antara tokoh yang mengambil langkah-langkah untuk membentuk persekutuan Amerika Syarikat ialah George Washington dengan penasihat-penasihatnya. Pembahagian kuasa,struktur pemerintahan,undang-undang negara dan ketua negara menyebabkan  lahirnya sistem persekutuan di Amerika Syarikat pada abad ke-18. Persekutuan Amerika Syarikat mempunyai dua kerajaan dalam sistem pemerintahannya iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kedua-dua kerajaan tersebut mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dalam mentadbir Amerika Syarikat. Kerajaan pusat mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan tentang hal ehwal mata wang, mengistiharkan perang dan meng

Sumbangan Imam al - Ghazali dalam bidang falsafah telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat islam sehingga hari ini. Nilaikan pernyataan tersebut.

Imam al – Ghazali merupakan seorang ilmuwan yang sangat bijak. Nama sebenarnya Abu Hamid bin Muhammad. Beliau dilahirkan di Tus, Iran pada 1058 masihi dan telah meninggal dunia pada 1111 masihi. Beliau merupakan seorang yang sangat bijak sehingga membuat pelbagai kajian dimana beliau dapat menghasilkan lebih kurang 300 karya pada masa hidupnya di dunia. Ini menyebabkan beliau terkenal dan dikategorikan sebagai ilmuan yang sangat berjasa kepada masyarakat Islam. Membetulkan fahaman masyarakat Islam daripada fahaman falsafah Yunani. Imam al - Ghazali telah memberikan sumbangan yang penting dalam membetulkan fahaman masyarakat Islam daripada fahaman falsafah Yunani. Hal ini kerana, pada zaman tersebut lahir ramai golongan yang beranggapan ilmu falsafah sama taraf atau lebih tinggi daripada Wahyu Allah. Hal ini menyebabkan Imam al - Ghazali membetulkan fahaman pada para falsafah Yunani seperti Socrates, Aristotle dan Plato dimana falsafah yang menggunakan akal logic rendah tarafnya be