Nilaikan konsep persekutuan di Amerika Syarikat.


Persekutuan bermaksud foedus dalam perkataan Greek bermaksud perjanjian. Gabungan beberapa buah wilayah dan negeri yang sebelumnya bebas mengamalkan pemerintahan bebas,selepas disatukan dibawah satu perlembagaan pusat dikenali sebagai persekutuan. Amerika Syarikat merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan pada abad ke-18. Antara tokoh yang mengambil langkah-langkah untuk membentuk persekutuan Amerika Syarikat ialah George Washington dengan penasihat-penasihatnya. Pembahagian kuasa,struktur pemerintahan,undang-undang negara dan ketua negara menyebabkan  lahirnya sistem persekutuan di Amerika Syarikat pada abad ke-18.

Persekutuan Amerika Syarikat mempunyai dua kerajaan dalam sistem pemerintahannya iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kedua-dua kerajaan tersebut mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dalam mentadbir Amerika Syarikat. Kerajaan pusat mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan tentang hal ehwal mata wang, mengistiharkan perang dan mengenakan pelbagai cukai untuk memastikan ekonomi negara yang menguntungkan. Manakala kerajaan negeri pula yang terdiri daripada 50 negeri diberi kebebasan untuk menggubal undang-undang kerana kerajaan mengetahui setiap wilayah mempunyai adat resam,kepercayaan dan latar belakang yang berbeza dan jika undang-undang digubal secara keseluruhan ianya akan menyebabkan konflik dan mungkin menyebabkan rakyatnya memberontak kerana perasaan tidak puas hati.

Struktur pemerintahan di Amerika Syarikat terdiri daripada tiga badan iaitu badan Eksekutif,Perundangan dan Kehakiman. Presiden Amerika Syarikat berkuasa di bawah kuasa Eksekutif. Kongres berkuasa dibawah kuasa Perundangan manakala semua mahkamah berkuasa dibawah badan Kehakiman. Kongres dibahagikan kepada dua iaitu Dewan Senat dan Dewan Rakyat yang sentiasa mencadangkan usul demi rakyat dan membincangkan hal – hal rakyat.

Amerika Syarikat merupakan sebuah negara persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang sebelumnya menjadi koloni Britain. Artikel Persekutuan walaupun digubal selepas Amerika Syarikat bebas daripada penjajahan British,tetapi artikel tersebut hanya dianggap sebagai piagam kerajaan yang pertama , malah mewujudkan kerajaan yang lemah. Ini kerana dalam perlembagaan tersebut , kerajaan pusat diberi kuasa yang banyak manakala kurangnya kuasa kepada kerajaan persekutuan menyebabkan beberapa kesan sehingga Perlembagaan Amerika digubal. Undang – undang di Amerika Syarikat juga telah memperincikan badan-badan yang menggubal dan melaksanakan undang-undang sebagai melindungi unsur-unsur radikal dan authotarian untuk memastikan keadilan.

Presiden Amerika juga merupakan seorang yang sangat berpengaruh dan dikenali sebagai POTUS dalam singkatannya. Presiden berkuasa memerintah,menukar sistem pentadbiran dan berhak membatalkan undang-undang dengan kuasa vetonya yang mutlak. Hal ini menberikan kebebasan dan kuasa mutlak untuk presiden memerintah Amerika Syarikat . tetapi, kuasa veto boleh diatasi sekiranya undi dua per tiga di Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.


Konklusinya, kerajaan persekutuan mentadbir Amerika Syarikat dengan adil dan saksama. Hal ini dilihat apabila ianya memberikan kebebasan kepada kerajaan negeri menggubal undang-undang mengikut rakyat di wilayahnya. Rakyat juga tidak menentang kerana kebebasan,hak dan kehendak mereka dijamin dibawah sistem persekutuan Amerika Syarikat walaupun rakyatnya berbilang kaum. Persekutuan Amerika juga menyebabkan ekonomi negara tersebut berkembang pesat dalam sektor perindustrian malah menjadi negara yang kuat dan bilangan wilayah juga bertambah dan menjadi penguasa dunia pada akhir abad ke-18. 

Popular posts from this blog

Huraikan pembaharuan yang dibuat oleh Peter The Great pada abad ke-17 dan 18 di Rusia.

Huraikan faktor-faktor kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899.

Huraikan struktur republik ketiga di Perancis