Sumbangan Imam al - Ghazali dalam bidang falsafah telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat islam sehingga hari ini. Nilaikan pernyataan tersebut.

Imam al – Ghazali merupakan seorang ilmuwan yang sangat bijak. Nama sebenarnya Abu Hamid bin Muhammad. Beliau dilahirkan di Tus, Iran pada 1058 masihi dan telah meninggal dunia pada 1111 masihi. Beliau merupakan seorang yang sangat bijak sehingga membuat pelbagai kajian dimana beliau dapat menghasilkan lebih kurang 300 karya pada masa hidupnya di dunia. Ini menyebabkan beliau terkenal dan dikategorikan sebagai ilmuan yang sangat berjasa kepada masyarakat Islam.

Membetulkan fahaman masyarakat Islam daripada fahaman falsafah Yunani. Imam al - Ghazali telah memberikan sumbangan yang penting dalam membetulkan fahaman masyarakat Islam daripada fahaman falsafah Yunani. Hal ini kerana, pada zaman tersebut lahir ramai golongan yang beranggapan ilmu falsafah sama taraf atau lebih tinggi daripada Wahyu Allah. Hal ini menyebabkan Imam al - Ghazali membetulkan fahaman pada para falsafah Yunani seperti Socrates, Aristotle dan Plato dimana falsafah yang menggunakan akal logic rendah tarafnya berbanding ajaran Islam yang menekankan ilmu duniawi dan akhirat yang berteraskan ketuhanan. Hujah – hujah beliau tidak dapat dipatahkan kerana beliau telah menggunakan al – Quran dan hadis sebagai bahan utama bukti semasa berhujah dengan pihak lawannya. Kesannya, masyarakat Islam sedar bahawa ajaran Islam yang berteraskan al – Quran sangat tinggi kedudukannya berbanding falsafah – falsafah yang lahir daripada akal fikiran manusia.

Menghasilkan perlbagai karya. Imam al – Ghazali merupakan seorang ilmuwan yang sangat bijak. Beliau telah membuat banyak kajian tentang falsafah – falsafah barat yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini menyebabkan beliau menghasilkan sebuah karya yang bertajuk ihya – Ulumuddin yang membincangkan kedudukan falsafah dimana al – Quran diletakkan di tempat teratas berbanding falsafah – falsafah tersebut. Kajian yang dilakukan oleh beliau membuatkan masyarakat Islam sedar bahawa ajaran daripada Tuhan sangat penting dan perlu menghormatinya. Kesannya, Imam al – Ghazali telah menghasilkan pelbagai karya sehingga mencecah angka 300 lebih karya supaya masyarakat Islam membaca dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Ini dapat menangkis fahaman falsafah Yunani daripada masyarakat Islam.

Membetulkan teori para falsafah Yunani. Imam al – Ghazali merupakan seorang pengkaji yang sangat mengenali daripda kaedah pendekatan untuk mengkaji sesuatu. Hal ini menyebabkan beliau digelar pengkaji yang terulung pada zamannya. Iman al – Ghazali pernah mengkritik dan membetulkan fahaman falsafah karya Yunani daripada Socrates, Plato dan Aristotle dimana mereka mengklasifikasikan setiap perubahan, pergerakan dan penjalanan yang berlaku di dunia adalah disebabkan semulajadi dan bukan disebabkan Tuhan. Manakala, ajaran Islam menekankan setiap pergerakan di dunia disebabkan oleh Tuhan dimana Tuhan merupakan pencipta. Hal ini menyebabkan beliau membetulkan falsafah Yunani dan mengatakan setiap fenomena di dunia disebabkan kuasa Tuhan. Kesannya, masyarakat Islam dapat menerima hakikat bahawa falsafah yang lahir daripada ilmu akal semata - mata tidak boleh dijadikan sebagai pegangan hidup.

Membahagikan ilmu falsafah. Imam al – Ghazali telah membahagikan ilmu falsafah kepada 6 bahagian. Contohnya, ilmu matematik dan mantik. Ini menyebabkan masyarakat Islam lebih memahami kerana setiap bahagian adalah berlainan dan melalui pembahagian ini, setiap kandungan bahagian tersebut dapat dikhususkan dimana setiap spesifikasi karyanya sangat hebat dan diterima oleh masyarakat Islam. Hal ini menyebabkan masyarakat Islam dapat menerima falsafah Imam al – Ghazali yang berkaitan dengan hidupnya kerana ianya berteraskan al – Quran yang merupakan sumber pertama berbanding akal fikiran seperti karya Yunani. Kesannya, masyarakat Islam dapat menerima fahaman falsafah yang berteraskan al – Quran.

Konklusinya, Imam al – Ghazali telah menerima sumbangan yang banyak dalam bidang falsafah sehingga ia memberi impak kepada masyarakat Islam. Hal ini kerana karya Ihya  – Ulumuddin masih lagi digunakan. Sumbangan beliau dalam bidang falsafah menyebabkan beliau menjadi sangat terkenal dan masih lagi menjadi antara bapa falsafah yang terulung.

Popular posts from this blog

Huraikan pembaharuan yang dibuat oleh Peter The Great pada abad ke-17 dan 18 di Rusia.

Huraikan faktor-faktor kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899.

Huraikan struktur republik ketiga di Perancis