Huraikan faktor-faktor kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899.


    Gerakan Boxer bangkit di China pada tahun 1899. Gerakan ini berasal daripada ahli kongsi gelap iaitu Tinju yang mengamalkan seni pertahanan tinju dengan gabungan kuasa majis. Pada mulanya, gerakan boxer muncul untuk mendendami dan mengurangkan orang cina yang menganuti agama kristian. Tetapi, selepas itu Pemberontakan Boxer berleluasa kerana beberapa faktor seperti bencana alam,sentiment orang asing, sentiment antikristian,kegawatan ekonomi dan isu kewangan. Faktor – faktor ini menyebabkan Gerakan Boxer pesat bangkit di China pada abad ke-19 untuk menegakkan keadilan dan keamanan setaraf dengan cogan kata persatuan itu.

   Faktor pertama ialah bencana alam yang melanda negara China. Masyarakat China merupakan masyarakat yang memberi keutamaan kepada bidang pertanian sehingga golongan petani dianggap kelas teratas berbanding golongan pedagang walaupun mereka belayar dan kaya. Hal ini kerana negara China beranggapan yang mereka merupakan ‘middle kingdom’ dimana mereka sangat dilengkapi dan tidak memerlukan bantuan kuasa asing. Golongan petani China menjalankan pertanian di sekitar Sungai Hwang Ho kerana tanahnya subur dan sesuai untuk pertanian kerana sistem pengairan. Tetapi, apabila bencana seperti banjir dan kemarau melanda, ini menyebabkan kerosakkan dan kebuluran. Pada musim hujan, berlaku banjir dan tanaman dibanjiri dan musnah. Manakala pada musim kemarau, mereka tiada air dan berlaku kebuluran kerana tiada sumber pertanian. Masyarakat China merasakan hal ini berpunca kerana kedatangan orang asing yang membuat pemodenan. Orang China beranggapan yang pembangunan seperti pembinaan landasan keretapi dan pemasangan kabel telegraf menyebabkan kegangguan alam dan menyebabkan dewa – dewa alam mendenda mereka.

    Faktor kedua ialah sentimenn orang asing. Masyarakat China sangat antiorang asing. Hal ini jelas terlihat apabila kerajaan Manchu tidak mengamalkan dasar buka pintu dengan negara luar. Rakyat China , golongan istana dan golongan sasterawan sangat tidak menyukai kedatangan orang asing kerana merasakan kedudukan mereka tergugat malah tidak menyukai pemodenan Barat kerana ingin mengekalkan tradisi yang diwarisi sejak turun temurun.

   Sentimen orang kristian juga menyebabkan pemberontakan Boxer. Mubaligh- mubaligh kristian yang berlabuh di China memilih tempat yang strategik seperti pelabuhan Canton,Amoy dan Shanghai untuk tujuan berdakwah. Hal ini kerana di pelabuhan urusan jual beli dijalankan dan ramai orang boleh dihubungi. Mubaligh-mubaligh kristian juga menyebarkan agama kristian di kawasan pedalaman. Hal ini menakutkan golongan konservatif kerana amalan kristian bertentangan dengan ajaran tradisi mereka. Sikap orang China sendiri  yang menganut agama kristian juga menyebabkan pemberontakan Boxer. Sikap mereka yang sombong, tidak menbiayai duit perayaan, tidak menghormati tradisi nenek moyang dan pandangan hina mereka terhadap orang China menyebabkan pemberontakan Boxer.

   Selain itu, kegawatan ekonomi juga menyebabkan berlakunya pemberontakan Boxer. Pedagang asing telah menguasai industri tekstil dan industri pertukangan tempatan kerana barangan dari negara mereka sangat murah,berkualiti dan moden. Ini menyebabkan orang tempatan kehilangan mata pencarian,pengangguran dan tiada peluang pekerjaan.

   Masalah kewangan juga menyebabkan kebangkitan Boxer. Negara China menghadapi masalah kewangan kerana terpaksa membayar ganti rugi atas kekalahan kepada kuasa Barat pada perang Candu pertama dan kedua iaitu 450 tael dengan 4% selama  40 tahun. Hal ini merugikan dan menyebabkan negara China menghadapi kesulitan. Jadi , negara China mengenakan cukai yang tinggi dan ini menyebabkan golongan petani dan penganggur memberontak.


   Kesimpulannya, pemberontakan Boxer menyebabkan termeterainya perjanjian Protokol Boxer. Antara syaratnya, negara China meminta maaf secara rasmi kepada kuasa Barat,peperiksaan tidak dijalankan di bandar-bandar yang terlibat dan hukuman gantung dikenakan kepada yang memberontak. Hal ini menyebabkan dan menyedarkan negara China bahawa pembaharuan dan pemodenan amat penting dan menyebabkan pembentukan Gerakan Pembaharuan Ching.

Popular posts from this blog

Huraikan pembaharuan yang dibuat oleh Peter The Great pada abad ke-17 dan 18 di Rusia.

Huraikan struktur republik ketiga di Perancis