Huraikan struktur republik ketiga di Perancis

Pada tahun 1875, kerajaan republik yang dikenali sebagai Republik ketiga ditubuhkan di Perancis. Pemerintahan kerajaan Republik ketiga di Perancis berlanjutan sehingga Perang Dunia kedua tamat pada akhir abad ke-19. Jerman telah memperkenalkan pelbagai perubahan dalam perlembagaan kerajaan republik Perancis apabila Perancis berada di bawah penguasaannya kerana Perang Dunia kedua. Perjanjian Frankfurt, Perang Saudara dan Pertubuhan Komun Paris juga menyebabkan penubuhan kerajaan Republik ketiga di Perancis.

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Perancis. Ia terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Parlimen merupakan badan pentadbiran tertinggi di Perancis. Antara tugas Parlimen ialah ia mempunyai kuasa untuk membincang dan mengemukakan revolusi tentang masalah-masalah yang berlaku. Selain itu, cadangan-cadangan berkaitan hal ehwal kewangan hanya boleh dibahaskan dalam Dewan Perwakilan dan bukan di Parlimen. Hal ini kerana, mereka telah menyusun tugas setiap dewan dengan sistematik tanpa percanggahan tugas. Parlimen di Perancis juga berkuasa untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. Badan eksekutif juga bertanggungjawab kepada kedua-dua badan tersebut dalam Parlimen.

Dewan Senat di Perancis terdiri daripada 300 anggota. Perhimpunan Kebangsaan melantik 75 anggota dewan dan mereka memegang jawatan tersebut selama seumur hidup. Setiap anggota Dewan Senat yang lain akan memegang jawatan tersebut selama sembilan tahun. Manakala, Dewan Perwakilan pula terdiri daripada lebih kurang 500 anggota dan mereka berkhidmat untuk tempoh empat tahun. Pemilihan anggota Dewan Perwakilan dilakukan oleh orang dewasa untuk mengelakkan sebarang masalah.

Pemilihan jawatan Presiden akan dilakukan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh anggota daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Presiden dipilih dalam tempoh 7 tahun untuk memegang jatawan tersebut. Anggota kerabat diraja tildak layak bertanding bagi jawatan presiden supaya ketidakadilan , rasuah dan amalan pilih kasih dapat dielakkan. Presiden bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Presiden juga mempunyai kuasa untuk menandatangani perjanjian dengan negara-negara lain. Presiden juga perlu membuat rundingan dengan duta-duta dari negara lain supaya dapat perkenan daripada Parlimen. Presiden juga mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen dan mengarahkan pilihan raya diadakan semula jika terdapat sebarang masalahdan beliau merupakan ketua bagi pasukan tentera laut, darat dan udara.

Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan beliau dilantik oleh Presiden. Perdana Menteri dipilih daripada kalangan anggota Dewan Perwakilan. Perdana Menteri juga perlu mendapat sokongan daripada majoriti anggota Parlimen. Anggota kabinet juga dilantik oleh Perdana Menteri. Anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan juga boleh dilantik sebagai anggota kabinet. Kabinet harus meletakkan jawatan sekirannya mereka ditewaskan dalam perdebatan. Kabinet bertanggungjawab dalam merangka dasar pentadbiran negara.

Kesimpulanya, selepas Perang Dunia kedua tamat, berlaku rombakan dalam sistem pemerintahan republik ketiga di Perancis. Malah, menyebabkan terbentuknya Negara Kesatuan pada akhir abad ke-19. Hal ini menyebabkan pentadbiran Perancis lebih sistematik dan teratur.

Popular posts from this blog

Huraikan pembaharuan yang dibuat oleh Peter The Great pada abad ke-17 dan 18 di Rusia.

Huraikan faktor-faktor kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899.