Huraikan pembaharuan yang dibuat oleh Peter The Great pada abad ke-17 dan 18 di Rusia.


        Tsar Peter Agung merupakan pemerintah yang berjaya melakukan banyak pembaharuan di Rusia pada abad ke-17 dan 18 dalam politik,ekonomi,sosial dan keagamaan. Pembaharuan tersebut merupakan hasil daripada pengembaraannya ke negara-negara Eropah Barat seperti Jerman,Britain dan Perancis. Hal ini menyebabkan Peter The Great mempunyai pendirian untuk memajukan Rusia standing dengan negara-negara Barat tersebut. Ini menyebabkan beliau membuat beberapa pembaharuan di Rusia pada abad ke-17 dan 18.

       Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung sistem pentadbiran Rusia disusun dengan teratur dan cekap. Beliau melakukan rombakan dalam institusi-institusi pentadbiran seperti Duma,zenskii dan Prikazi lalu mengantikannya dengan Majlis Senat yang diwakili oleh 9 orang ahli. Beban Majlis Senat dikurangkan dengan menubuhkan colleges. Peter The Great juga memindahkan pusat pentadbiran dari Moscow ke Peterburg. Ini menyebabkan pentadbiran Rusia yang licin.

        Peter The Great juga mengamalkan dasar perluasan kuasa. Tujuannya adalah untuk menangkis serangan musuh,mematahkan pemberontakan dalam negeri dan meluaskan penjajahan. Beliau merancang serangan ke atas Tartar untuk menguasai laluan Laut Hitam tetapi serangan pertamanya gagal akibat kelemahan tentera lautnya sendiri. Tetapi, serangan keduanya telah berjaya dan menyebabkan mereka melancarkan serangan ke atas Sweden. Peperangan di Sweden ditamatkan melalui Perjanjian Nystadt. Ini menyebabkan empayar Rusia berkembang kerana Tsar Peter Agung meletakkan asas yang kukuh.

     Bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi dan meningkatkan perbendaharaan negara, beliau membuat pembaharuan dalam pembangunan industri berat dan industri pembuatan. Sektor perindustrian diletakkan dibawah kawalan kerajaan pusat dimana ianya memberikan subsidi dan insentif. Barangan seperti tekstil dan kaca dimajukan dalam industri pembuatan manakala besi dan keluli diusahakan dalam industri berat dan kebanyakkannya di Ural. Ini menyebabkan pemodal asing membuka kilang di Rusia. Pada abad ke-18 bilangan kilang di Rusia ialah 200 berbanding abad ke-17 iaitu 21 kilang sahaja.

      Peter The Great juga mengenakan sistem cukai untuk meningkatkan perbendaharaan negara. Beliau mewujudkan cukai barangan untuk barangan harian dan cukai kepala untuk setiap individu mengikut kelas. Cukai kelapa perlu dibayar dengan tunai.

       Peter The Great juga memberi keutamaan kepada bidang pendidikan. Beliau menghantar ramai generasi muda ke Barat untuk mempelajari ilmu. Beliau juga telah menubuhkan banyak sekolah seperti The Navigator School dan Engineering Academy yang menekankan ilmu geometri,pelayaran dan arimatik. Beliau juga menggalakan penterjemahan buku.

   Dalam bidang keagamaan beliau menyususn semula pentadbiran gereja supaya dapat mengurangkan kuasa gereja. Contohnya, selepas kematian Ketua Gereja Ortodoks, beliau tidak melantik penganti tetapi menubuhkan sebuah badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk menyekat kuasa gereja dan mengukuhkan kuasanya.


       Kesimpulannya, Tsar Peter The Great berjaya memajukan Rusia. Pembaharuan yang dilakukan oleh beliau menjadi asas yang kukuh untuk pemerintah-pemerintah akan datang dan menyebabkan Rusia terkenal pada abad ke-18. Ia juga menyebabkan empayar Rusia mencapai zaman kegemilangan pada pemerintahan Tsar Peter The Great.

Popular posts from this blog

Huraikan faktor-faktor kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899.

Huraikan struktur republik ketiga di Perancis