Raja Louis XIV 1643 hingga 1715 melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis. Bincangkan langkah-langkah yang dilaksanakannya dalam memperkukuhkan kuasa pemerintahan di Perancis.
Perancis mengamalkan sistem pemerintahan monarki dimana raja berkuasa mutlak. Raja berkuasa mutlak merupakan kuasa utama di tangan raja. Raja berkuasa dalam semua hal termasuk pentadbiran,pemerintahan,pendidikan dan sebagainya. Tiada tolak banding dan pengganti untuk raja. Raja juga merupakan ketua negara yang berkuasa penuh manakala beliau dibantu oleh golongan pentadbir yang lain. Di perancis, Raja Louis XIV ditabal pada tahun 1643 sehingga 1715 memerintah selama 72 tahun. Beliau mengambil beberapa langkah dalam memperkukuhkan kuasa pemerintahan di Perancis iaitu dasar dalam negara,dasar merkantilisme , ketenteraan , dasar agama dan dasar luar negara. Dalam konteks dasar luar negara, Raja Louis XIV membahagikan dan menyusun semula pentadbiran pusat kepada empat majlis utama iaitu Majlis Negara,Majlis Despatches,Majlis Kewangan dan Majlis Privy. Majlis Negara menguruskan hal-hal berkaitan dengan negara,Majlis Despatches menguruskan hal tempatan,Majlis Kewangan menguruskan