Bincangkan isu-isu yang menimbulkan ketegangan antara kuasa Barat dengan pemerintah China.
Kuasa-kuasa Barat bersaing antara
satu sama lain untuk menguasai tanah jajahan di Asia untuk mengekalkan bekalan
bahan mentah kerana berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-17.
Ini menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula menguasai negara-negara di Asia yang
kaya dengan bahan mentah dan penduduk yang ramai untuk memasarkan produknya. Perluasan
kuas Barat menyebabkan China berdepan dengan penjajahan , campur tangan dan imperialisme
Barat pada abad ke-19. Terdapat beberapa isu yang menimbulkan ketegangan antara
kuasa Barat dengan China iaitu isu perdagangan , isu candu , isu perundangan ,
isu penyebaran agama kristian dan teknologi Barat dan isu petempatan orang
asing.
Pedagang Barat tidak berpuas hati
dengan isu perdagangan China dimana China mengamalkan dasar tutup pintu. China
merasakan dirinya sebagai ‘middle kingdom’ dan tidak mengharapkan bantuan dan
kemajuan dari negara lain. Hal ini menyusahkan negara-negara Eropah kerana
mereka memerlukan negara seperti China untuk memasarkan barangan mereka kerana
bilangan penduduk yang ramai. Sekatan negara China terhadap pedagang seperti
kadar cukai yang tinggi dan tidak boleh membawa keluarga ke tempat berurus
niaga, hanya berurus niaga melalui Co-hong dan hanya boleh berdagang di pelabuhan
seperti Canton menyebabkan ketegangan antara kuasa Barat dengan China.
Isu candu juga menimbulkan ketegangan
antara kuasa Barat dengan China. Pedagang British tidak puas hati dengan China
kerana peraturan yang dikenakan menguntungkan China, gagal menjadikan China
sebagai pasaran keluaran kilang mereka dan gagal mendapatkan teh dan sutera
China yang mendapat permintaan yang tinggi di Eropah. Disebabkan hal demikian,
pedagang British mencari jalan untuk memasarkan barang di China dan akhirnya
membawa masuk candu. Candu mendapat sambutan yang luar biasa di China dan
permintaannya melebihi teh dan sutera. Hal ini menyebabkan ketidakseimbangan
dalam ekonomi China dimana pengaliran mata wang perak ke negara asing. Candu menyebabkan
kerugian yang besar untuk China dan pemerintah mengambil tindakan mengharamkan
candu.
Isu perundangan juga menyebabkan
ketegangan antara kuasa Barat dengan China. Mengikut undang-undang China,
seseorang yang dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehingga kebenaran
dapat dibuktikan manakala undang-undang barat pula berbeza dimana seseorang
yang dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehingga kesalahan dapat
dibuktikan. Falsafah undang-undang barat ialah tanggungjawab individu. Kekejaman
undang-undang China memainkan peranan yang sangat penting untuk kuasa barat
mengadakan campur tangan.
China juga tidak berpuas hati
dengan isu mubaligh kristian yang menyebarkan agama kristian dalam kalangan
masyarakat China. Pembawa masukkan teknologi yang dapat menjimatkan masa dan
kelebihannya membuat barangan yang berkualiti dengan harga yang murah
menyebabkan peluang pekerjaan masyarakat China tergugat. Sifat mereka yang
mengekalkan tradisi lama dan keenganan memajukan negara menyebabkan berlakunya
ketegangan antara kuasa Barat dan China.
Isu petempatan orang asing juga
menyebabkan berlaku ketegangan antara kuasa Barat dengan China. Petempatan asing
di sekitar pelabuhan dimana petempatan dibahagikan mengikut negara pedagang
seperti Britain,Perancis,Jepun dan Rusia yang bebas daripada kawalan China
menyebabkan China tidak menyukai kuasa Barat. Orang asing yang tinggal disitu
hanya perlu membayar pajakan sahaja kepada pemerintah dan China merasakan ianya
sebagai suatu bentuk pencerobohan.
Kesimpulannya, isu-isu yang
timbul antara kuasa barat dan China menyebabkan ketegangan dan menimbulkan rasa
tidak puas hati antara mereka. Ketegangan tersebut juga menyebabkan tercetusnya
Perang Candu , Pemberontakan Boxer, Perang China-Inggeris yang sangat merugikan
China. Kesannya, British semakin berkuasa dan akhirnya menyebabkan China untuk
memajukan negaranya mengikut kehendak zaman.