Raja Louis XIV 1643 hingga 1715 melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis. Bincangkan langkah-langkah yang dilaksanakannya dalam memperkukuhkan kuasa pemerintahan di Perancis.


    Perancis mengamalkan sistem pemerintahan monarki dimana raja berkuasa mutlak. Raja berkuasa mutlak merupakan kuasa utama di tangan raja. Raja berkuasa dalam semua hal termasuk pentadbiran,pemerintahan,pendidikan dan sebagainya. Tiada tolak banding dan pengganti untuk raja. Raja juga merupakan ketua negara yang berkuasa penuh manakala beliau dibantu oleh golongan pentadbir yang lain. Di perancis, Raja Louis XIV ditabal pada tahun 1643 sehingga 1715 memerintah selama 72 tahun. Beliau mengambil beberapa langkah dalam memperkukuhkan kuasa pemerintahan di Perancis iaitu dasar dalam negara,dasar merkantilisme , ketenteraan , dasar agama dan dasar luar negara.

  Dalam konteks dasar luar negara, Raja Louis XIV membahagikan dan menyusun semula pentadbiran pusat kepada empat majlis utama iaitu Majlis Negara,Majlis Despatches,Majlis Kewangan dan Majlis Privy. Majlis Negara menguruskan hal-hal berkaitan dengan negara,Majlis Despatches menguruskan hal tempatan,Majlis Kewangan menguruskan hal-hal berkaitan dengan cukai,tarif,perbelanjaan dan pendapatan manakala Majlis Privy menguruskan pentadbiran keadilan seperti bidang perundangan. Raja Louis XIV juga melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantu beliau dalam bidang pentadbiran seperti Colbert sebagai Menteri Kewangan dan Vauban sebagai Menteri Ketenteraan. Beliau juga melaksanakan pelbagai dasar-dasar diraja di Provinsi dengan menggunakan intendent.

   Raja Louis XIV juga melaksanakan dasar merkantilisme untuk mengukuhkan ekonomi negara Perancis. Antara tindakannya, beliau melantik pegawai-pegawai yang berpengalaman seperti Colbert sebagai Menteri Kewangan. Colbert telah melaksanakan pelbagai dasar seperti memansuhkan tarif tempatan,mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan,mengawal harga barang dan berusaha membina gudang senjata Toulan. Colbert juga menghentikan perdagangan di India dan Madagascar untuk menggalakan perdagangan luar.

  Raja Louis XIV juga melakukan reformasi dalam bidang ketenteraan. Beliau bertindak menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan dan meletakkan angkatan tentera di bawah kawalannya sendiri. Pegawai-pegawai tentera dilantik berdasarkan merit. Bagi memastikan ketaatsetiaan golongan tentera , Raja Louis XIV telah  bertindak merekrut anggota tentera dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti bekalan makanan dan perumahan. Hal ini menyebabkan tentera Perancis muncul sebagai pasukan tentera yang sangat kuat di Eropah dimana bala tenteranya terdiri daripada 4000 tentera.

    Dalam dasar agama, Raja Louis XIV bertindak memaksa golongan bukan katolik iaitu golongan Huguenot untuk menerima agama katolik. Edict of Nantes ditandatangani yang memberi kebebasan untuk Huguenot untuk menganut agama pilihan mereka. Tetapi, akhirnya Raja Louis XIV membatalkan Edict of Nantes dan tindakan tersebut menyebabkan seramai 200 000 orang Huguenot meninggalkan Perancis ke Holland,England dan Amerika tetapi tindakan beliau mendapat sokongan daripada rakyat tempatan.

   Raja Louis XIV juga mengadakan dasar luar negara untuk memperluaskan kuasanya bagi mengukuhkan kedudukan dan kuasa beliau. Raja Louis XIV Berjaya menguasai wilayah sehingga ke perbatasan Sungai Rhine dan menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera Jerman,Belgium dan Belanda.


      Kesimpulannya, Raja Louis XIV berjaya mengukuhkan kedudukan beliau di Perancis sebagai raja berkuasa mutlak selama 72 tahun dengan pelbagai langkah. Dengan pemerintahan beliau, wujud keamanan dan kemakmuran malah Perancis terkenal sebagai pemimpin untuk beberapa seni seperti seni halus,drama,pakaian dan bahasa di Eropah. Raja Louis XIV meletakkan asas yang kukuh dan mengubah corak pemerintahan yang cekap sehingga Perancis terkenal.

Popular posts from this blog

Huraikan pembaharuan yang dibuat oleh Peter The Great pada abad ke-17 dan 18 di Rusia.

Huraikan faktor-faktor kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899.

Huraikan struktur republik ketiga di Perancis