Bandingkan sistem pembesar di negara China dan Rusia pada abad ke-17 dan 20.


   Golongan pembesar merupakan pembantu kepada maharaja negara masing-masing. Mereka berperanan sebagai pembantu kepada maharaja malah maharaja memilih mereka dengan beberapa cara walaupun kedua-dua negara iaitu di China semasa zaman dinasti Ming dan Chin manakala Rusia semasa dinasti Romanov  mengamalkan sistem pembesar pada abad ke-17 hingga 20. Terdapat pelbagai perbezaan  dari segi latar, cara pelantikan,pentadbiran pusat,pentadbiran wilayah dan daerah,penggubalan dasar dan juga golongan pengintip. Hal ini mengambarkan perbezaan yang ketara antara dua negara pada abad ke-17 hingga 20.

   Pelantikan pembesar di kedua-dua negara juga berbeza. Pelantikan pembesar yang merupakan pembantu maharaja di China ialah dipilih oleh maharaja melalui Peperiksaan Awam yang dijalankan dengan sangat ketat,teratur dan dihadapan maharaja untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini seperti merasuah dan meniru. Hal ini melahirkan pembesar yang adil dan pandai dalam pendidikan Confucius kerana mereka diuji melalui tiga peringkat peperiksaan. Manakala di Rusia pula maharaja melantik pembesar yang dikenali sebagai boyar daripada golongan aristokrat dan bangsawan supaya mereka memberikan taat setia malah golongan bangsawan juga berkebolehan membantu raja dalam perbendaharaan negara. Ini membantu maharaja sekiranya menghadapi sebarang masalah dalam ekonomi kerana pembesar yang kaya dapat menolong beliau untuk menstabilkan ekonomi.

   Pelantikan pusat di China ialah pembesar yang dikenali sebagai Secretariat membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras enam badan pentadbiran manakala di Rusia pula berbeza. Pentadbiran di Rusia lebih sistematik apabila institusi seperti Duma,Zemskii Sabor dan Prikazi ditukar ke Majlis Senat yang terdiri daripada 9 orang ahli supaya pembesar dapat mentadbir dengan lebih sistematik dan teratur tanpa mengugat kuasa maharaja.

   Pentadbiran wilayah dan daerah di China dan Rusia juga sangat berbeza. Di China, pembesar diberikan kuasa autonomi untuk mentadbir wilayah dan daerah sebagai hadiah untuk mereka supaya mentadbir dengan adil. Manakala di Rusia wilayah ditadbir oleh pembesar yang dikenali sebagai Zemstro dan daerah ditadbir oleh Majlis Perundangan Tempatan. Ini melicinkan lagi pentadbiran di kedua-dua negara.

   Pembesar di China berperanan menggubal undang-undang dan menetapkan dasar negara kerana semua pembesar yand dipilih merupakan daripada golongan cerdik pandai. Berlainan di Rusia dimana penggubalan dasar dipertanggungjawabkan kepada pembesar-pembesar di Duma,Majlis Penasihat Tertinggi dalam sistem pembesar. Ini menyebabkan penggubalan yang lebih teratur kerana dibahagikan kepada bidang-bdang kecil dimana senang untuk memerintah , mentadbir dan merangka undang-undang.

   Bagi memastikan pembesar melakukan tugas mereka dengan adil,cekap dan berhemah, maharaja telah memainkan peranan yang hebat. Di China, maharaja menghantar pengintip untuk mengawasi kelakuan pembesar dan pengintip menghantar laporan kepada maharaja tentang perkembangan di wilayah. Di Rusia pula, maharaja mempunyai Polis Rahsia yang menjadi mata dan telinga Tsar. Hal ini menyebabkan pembesar sentiasa mentadbir negara dengan baik.


   Kesimpulannya, walaupun China dan Rusia mempunyai sistem pembesar ,tetapi terdapat banyak perbezaan dalam sistem tersebut. Peranan penting golongan ini sebagai tulang belakang kerajaan dalam negara masing-masing menyebabkan sistem pembesar diteruskan dengan pelbagai pembaharuan.

Popular posts from this blog

Huraikan pembaharuan yang dibuat oleh Peter The Great pada abad ke-17 dan 18 di Rusia.

Huraikan faktor-faktor kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899.

Huraikan struktur republik ketiga di Perancis