Huraikan perkembangan penternakan di Belanda pada abad ke -16 dan ke-17.
Kemunculan
masyarakat agraria dalam peradaban manusia telah dapat dikesan sejak kelahiran
tamadun awal. Dalam konteks Belanda, ekonomi negara Belanda mula berlaku
perkembangan selepas Belanda berjaya bebas daripada cengkaman Sepanyol pada
tahun 1585. Taraf hidup mmasyarakat Belanda semakin meningkat apabila berlaku
revolusi dalam bidang penternakan. Kegiatan penternakan dijalankan di sekitar Bandar
Hertogenbosch,Lier dan Diest pada abad ke -16 dan 17.
Permintaan yang
tinggi untuk daging dan produk tenusu menyebabkan golongan petani yang terlibat
dalam aktiviti pertanian beralih kepada industri penternakan.Ini menyebabkan
petani-petani di Holland dan Friesland memberi
tumpuan kepada sektor penternakan kerana untung yang banyak. Buktinya , pada tahun
1556-1574 bilangan ternakan lembu meningkat dari 14 ekor kepada 24 ekor pada
pertengahan abad ke 17. Lembu-lembu yang
diternak di Belanda terdiri daripada baka lembu tenusu terbaik di Eropah.
Penternakan kambing
juga dijalankan di kawasan sekitar Pulau Texel,Wieringen dan Pulau Grind. Kambing
diternak supaya penduduk bandar mendapat bekalan keju. Laporan Enqueste
menyatakan penternak kambing dari Pulau Texel menjual hasil keju kepada
penduduk kawasan pedalaman. Bilangan kambing yang banyak iaitu 12000 ekor di
wilayah Texel menunjukkan keuntungan para penternak hasil daripada industri penternakan
di Belanda pada abad ke-16 dan 17.
Industri
berasaskan tenusu juga sangat berkembang di Belanda pada abad ke 16 dan 17. Perkembangan
dikesan daripada pengeluaran susu lembu dan penghasilan produk tenusu seperti
keju dan mentega.Belanda merupakan negara pengeluar hasil tenusu seperti
mentega dan keju. Disebabkan hasilnya terlalu banyak dan mencukupi permintaan
dalam negara , barangan tersebut dieksport dalam kuantiti yang besar ke
England,Perancis dan Sepanyol.
Selain itu, industry
susu lembu juga sangat berkembang pesat hasil daripada penternakan lembu.
Penghijrahan penduduk ke kawasan bandar menyebabkan permintaan susu lembu
meningkat. Lembu-lembu di Belanda juga menghasilkan 2000 liter susu dan menjelang
abad ke – 16, kandang-kandang lembu dilengkapi peralatan untuk memproses susu
lembu supaya mendapat lebih banyak keuntungan. Untuk menambahkan pengeluaran
susu lembu, penternak membeli baka lembu tenusu dari Friesland. Perkembangan ini
menyebabkan pengeluaran susu lembu meningkat pada bad ke 16 dan 17.
Industri keju
juga berkembang pesat pada abad ke 16 dan 17. Keju yang dihasilkan di Belanda
mempunyai kualiti yang tinggi dan dieksport ke seluruh Eropah kerana petani
Belanda menggunakan teknologi yang lebih maju dan ini membolehkan mereka
mengeluarkan hasil yang banyak. Menjelang abad ke17, sebahagian besar keju di Bandar
Hoorn dieksport ke Perancis. Penternak lembu daerah Rijnland dan Delfland memberi
tumpuan kepada penghasilan mentega juga. Mentega di daerah tersebut lebih
bermutu tinggi berbanding Friesland.
Kesimpulannya,
ekonomi negara Belanda berkembang pantas dengan adanya perkembangan dalam industri
penternakan. Taraf hidup masyarakat juga semakin menigkat karana mendapat untuk
yang banyak dalam bidang penternakan. Hal ini menyebabkan sektor penternakan
berkembang dengan maju di Belanda pada abad ke-16 dan 17.