Huraikan sumbangan masyarakat maritime dalam bidang ekonomi di Jepun pada abad ke -16 dan 17.


     Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan kelautan. Kemunculan masyarakat maritime di Jepun dapat dikesan sejak abad ke-16 dan 17 dengan adanya pelabuhan – pelabuhan yang terkemuka. Mereka terdiri daripada golongan pedagang,nelayan,nakhoda,anak kapal dan peneroka. Pedagang-pedagang Jepun menjalin hubungan perdagangan dengan China,Vietnam dan Korea kerana kedudukan geografi yang strategik. Kemunculan masyarakat maritime menyebabkan Jepun mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi pada zaman Shogun Tokugawa.

    Terlibat dalam kegiatan perdagangan di dunia luar dengan menjalin hubungan perdagangan dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara. Contohnya, pada abad ke-16 dan abad ke 17 hubungan perdagangan antara Jepun dan Vietnam berkembang pesat. Pedagang Jepun mengunjungi pelabuhan-pelabuhan di Vietnam untuk mendapatkan barang dagang. Selain itu, mereka juga menjalin hubungan dengan China, Korea dan kuasa barat. Perkembangan perdagangan maritime menyebabkan pertumbuhan yang pesat dalam bidang ekonomi Jepun. Pedagang Jepun juga menubuhkan persatuan dagang di Bandar untuk mempertahankan hak dan kebajikan mereka.

   Menggunakan  mata wang dan turut terlibat dalam kegiatan mengimport mata wang. Contohnya, pedagang jepun membekalkan mata wang tembaga ke Vietnam pada abad ke-17. Mata wang tembaga buatan Jepun juga dieksport ke Eropah. Menjelang zaman Hideyoshi, mata wang syiling emas,perak dan tembaga diguna secara meluas dalam perdagangan. Ekonomi Jepun juga berkembang pesat kerana penglibatan masyarakat maritime dalam perdagangan mata wang.

   Melibatkan diri dalam perlombongan. Pada abad ke-16 dan abad ke -17, masyarakat maritime di Jepun melibatkan diri dalam perlombongan. Kegiatan perlombongan berkembang pesat kerana penggunaan mata wang dalam urus niaga. Ini menyebabkan meningkatnya  permintaan terhadap emas,perak dan tembaga. Mereka juga gigih mengusahakan lombong-lombong di Jepun untuk memenuhi permintaan dan ini secara tidak langsung meningkatkan ekonomi Jepun.

  Menubuhkan persatuan pedagang. Mereka juga telah memainkan peranan dalam menubuhkan persatuan dagang di Jepun.Persatuan dagang ditubuhkan di pekan dan Bandar. Persatuan kewangan yang dikenali sebagai Mujinko juga ditubuhkan.Mereka juga menubuhkan pusat pertukaran wang di Bandar-bandar besar Jepun.Perkembangan ini merancakkan lagi ekonomi Jepun pada abad ke-16 dan 17.


  Kesimpulannya, Masyarakat maritime memberikan sumbangan besar dalam ekonomi Jepun pada abad ke -16 dan 17. Pedagaang-pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan China,Korea dan Vietnam. Perkembangan ini menyebabkan pertumbuhan yang pesat dalam ekonomi Jepun.

Popular posts from this blog

Huraikan pembaharuan yang dibuat oleh Peter The Great pada abad ke-17 dan 18 di Rusia.

Huraikan faktor-faktor kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899.

Huraikan struktur republik ketiga di Perancis