Posts

Showing posts from 2015

Huraikan kesan perjanjian Versailles yang ditandatangani pada 28/6/1919 terhadap Jerman

      Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling penting kerana berjaya menamatkan Perang Dunia Pertama. Perjanjian tersebut ditandatangani antara Parti Berikat dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Perjanjian Versailles telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dan penting kepada Jerman.           Perjanjian Versailles menyebabkan Jerman kehilangan wilayah dan jajahan takluk yang pernah dijajah. Malah, Jerman juga terpaksa menyerah wilayah Alsace dan Loraine kepada Perancis, wilayah Memel kepada Poland dan wilayah Saar kepada Perancis sebagai pampasan untuk ganti rugi perang yang telah terletus.           Jerman juga dikehendaki menyerahkan tanah jajahannya di seberang laut kepada Pihak Berikat seperti Shantung di China. Britain, Perancis dan Jepun pula mendapat Afrika dan rantau Pasifik. Selain itu, wilayah Samoa diserah kepada New Zealand manakala Yogoland dan Cameroon diserah kepada Britain dan Perancis.      Jerman juga dikehendaki mengiktiraf kemerdekaan Be

Raja Louis XIV 1643 hingga 1715 melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis. Bincangkan langkah-langkah yang dilaksanakannya dalam memperkukuhkan kuasa pemerintahan di Perancis.

    Perancis mengamalkan sistem pemerintahan monarki dimana raja berkuasa mutlak. Raja berkuasa mutlak merupakan kuasa utama di tangan raja. Raja berkuasa dalam semua hal termasuk pentadbiran,pemerintahan,pendidikan dan sebagainya. Tiada tolak banding dan pengganti untuk raja. Raja juga merupakan ketua negara yang berkuasa penuh manakala beliau dibantu oleh golongan pentadbir yang lain. Di perancis, Raja Louis XIV ditabal pada tahun 1643 sehingga 1715 memerintah selama 72 tahun. Beliau mengambil beberapa langkah dalam memperkukuhkan kuasa pemerintahan di Perancis iaitu dasar dalam negara,dasar merkantilisme , ketenteraan , dasar agama dan dasar luar negara.   Dalam konteks dasar luar negara, Raja Louis XIV membahagikan dan menyusun semula pentadbiran pusat kepada empat majlis utama iaitu Majlis Negara,Majlis Despatches,Majlis Kewangan dan Majlis Privy. Majlis Negara menguruskan hal-hal berkaitan dengan negara,Majlis Despatches menguruskan hal tempatan,Majlis Kewangan menguruskan

Bincangkan isu-isu yang menimbulkan ketegangan antara kuasa Barat dengan pemerintah China.

   Kuasa-kuasa Barat bersaing antara satu sama lain untuk menguasai tanah jajahan di Asia untuk mengekalkan bekalan bahan mentah kerana berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-17. Ini menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula menguasai negara-negara di Asia yang kaya dengan bahan mentah dan penduduk yang ramai untuk memasarkan produknya. Perluasan kuas Barat menyebabkan China berdepan dengan penjajahan , campur tangan dan imperialisme Barat pada abad ke-19. Terdapat beberapa isu yang menimbulkan ketegangan antara kuasa Barat dengan China iaitu isu perdagangan , isu candu , isu perundangan , isu penyebaran agama kristian dan teknologi Barat dan isu petempatan orang asing.    Pedagang Barat tidak berpuas hati dengan isu perdagangan China dimana China mengamalkan dasar tutup pintu. China merasakan dirinya sebagai ‘middle kingdom’ dan tidak mengharapkan bantuan dan kemajuan dari negara lain. Hal ini menyusahkan negara-negara Eropah kerana mereka memerlukan negara seperti Ch

Huraikan faktor-faktor kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899.

    Gerakan Boxer bangkit di China pada tahun 1899. Gerakan ini berasal daripada ahli kongsi gelap iaitu Tinju yang mengamalkan seni pertahanan tinju dengan gabungan kuasa majis. Pada mulanya, gerakan boxer muncul untuk mendendami dan mengurangkan orang cina yang menganuti agama kristian. Tetapi, selepas itu Pemberontakan Boxer berleluasa kerana beberapa faktor seperti bencana alam,sentiment orang asing, sentiment antikristian,kegawatan ekonomi dan isu kewangan. Faktor – faktor ini menyebabkan Gerakan Boxer pesat bangkit di China pada abad ke-19 untuk menegakkan keadilan dan keamanan setaraf dengan cogan kata persatuan itu.    Faktor pertama ialah bencana alam yang melanda negara China. Masyarakat China merupakan masyarakat yang memberi keutamaan kepada bidang pertanian sehingga golongan petani dianggap kelas teratas berbanding golongan pedagang walaupun mereka belayar dan kaya. Hal ini kerana negara China beranggapan yang mereka merupakan ‘middle kingdom’ dimana mereka sangat d

Huraikan pembaharuan yang dibuat oleh Peter The Great pada abad ke-17 dan 18 di Rusia.

        Tsar Peter Agung merupakan pemerintah yang berjaya melakukan banyak pembaharuan di Rusia pada abad ke-17 dan 18 dalam politik,ekonomi,sosial dan keagamaan. Pembaharuan tersebut merupakan hasil daripada pengembaraannya ke negara-negara Eropah Barat seperti Jerman,Britain dan Perancis. Hal ini menyebabkan Peter The Great mempunyai pendirian untuk memajukan Rusia standing dengan negara-negara Barat tersebut. Ini menyebabkan beliau membuat beberapa pembaharuan di Rusia pada abad ke-17 dan 18.        Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung sistem pentadbiran Rusia disusun dengan teratur dan cekap. Beliau melakukan rombakan dalam institusi-institusi pentadbiran seperti Duma,zenskii dan Prikazi lalu mengantikannya dengan Majlis Senat yang diwakili oleh 9 orang ahli. Beban Majlis Senat dikurangkan dengan menubuhkan colleges. Peter The Great juga memindahkan pusat pentadbiran dari Moscow ke Peterburg. Ini menyebabkan pentadbiran Rusia yang licin.         Peter The Great juga men

Bandingkan sistem pembesar di negara China dan Rusia pada abad ke-17 dan 20.

   Golongan pembesar merupakan pembantu kepada maharaja negara masing-masing. Mereka berperanan sebagai pembantu kepada maharaja malah maharaja memilih mereka dengan beberapa cara walaupun kedua-dua negara iaitu di China semasa zaman dinasti Ming dan Chin manakala Rusia semasa dinasti Romanov  mengamalkan sistem pembesar pada abad ke-17 hingga 20. Terdapat pelbagai perbezaan  dari segi latar, cara pelantikan,pentadbiran pusat,pentadbiran wilayah dan daerah,penggubalan dasar dan juga golongan pengintip. Hal ini mengambarkan perbezaan yang ketara antara dua negara pada abad ke-17 hingga 20.    Pelantikan pembesar di kedua-dua negara juga berbeza. Pelantikan pembesar yang merupakan pembantu maharaja di China ialah dipilih oleh maharaja melalui Peperiksaan Awam yang dijalankan dengan sangat ketat,teratur dan dihadapan maharaja untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini seperti merasuah dan meniru. Hal ini melahirkan pembesar yang adil dan pandai dalam pendidikan Confucius ker

Huraikan perkembangan penternakan di Belanda pada abad ke -16 dan ke-17.

   Kemunculan masyarakat agraria dalam peradaban manusia telah dapat dikesan sejak kelahiran tamadun awal. Dalam konteks Belanda, ekonomi negara Belanda mula berlaku perkembangan selepas Belanda berjaya bebas daripada cengkaman Sepanyol pada tahun 1585. Taraf hidup mmasyarakat Belanda semakin meningkat apabila berlaku revolusi dalam bidang penternakan. Kegiatan penternakan dijalankan di sekitar Bandar Hertogenbosch,Lier dan Diest pada abad ke -16 dan 17.    Permintaan yang tinggi untuk daging dan produk tenusu menyebabkan golongan petani yang terlibat dalam aktiviti pertanian beralih kepada industri penternakan.Ini menyebabkan petani-petani di Holland dan Friesland memberi tumpuan kepada sektor penternakan kerana untung yang banyak. Buktinya , pada tahun 1556-1574 bilangan ternakan lembu meningkat dari 14 ekor kepada 24 ekor pada pertengahan abad  ke 17. Lembu-lembu yang diternak di Belanda terdiri daripada baka lembu tenusu terbaik di Eropah.    Penternakan kambing juga dijal

Huraikan sumbangan masyarakat maritime dalam bidang ekonomi di Jepun pada abad ke -16 dan 17.

     Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan kelautan. Kemunculan masyarakat maritime di Jepun dapat dikesan sejak abad ke-16 dan 17 dengan adanya pelabuhan – pelabuhan yang terkemuka. Mereka terdiri daripada golongan pedagang,nelayan,nakhoda,anak kapal dan peneroka. Pedagang-pedagang Jepun menjalin hubungan perdagangan dengan China,Vietnam dan Korea kerana kedudukan geografi yang strategik. Kemunculan masyarakat maritime menyebabkan Jepun mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi pada zaman Shogun Tokugawa.     Terlibat dalam kegiatan perdagangan di dunia luar dengan menjalin hubungan perdagangan dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara. Contohnya, pada abad ke-16 dan abad ke 17 hubungan perdagangan antara Jepun dan Vietnam berkembang pesat. Pedagang Jepun mengunjungi pelabuhan-pelabuhan di Vietnam untuk mendapatkan barang dagang. Selain itu, mereka juga menjalin hubungan dengan China, Korea dan kuasa barat. Perkembangan pe