Bincangkan takrif masyarakat industri dan huraikan ciri-ciri masyarakat industri yang muncul di England pada abad ke-18 dan 19.
Masyarakat
industri ialah masyarakat yang melibatkan diri dalam perindustrian. Mereka terdiri
daripada pengusaha dan pekerja. Masyarakat industri juga merupakan masyarakat
yang melibatkan diri dalam proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin. Masyarakat industri di England pula berubah dari bidang
pertanian ke bidang perindustrian pada abad ke-18 dan 19 sehingga menyebabkan
Revolusi Perindustrian.
Kekayaan
bahan mentah menyebabkan lahirnya masyarakat industri di England. Bahan mentah
seperti arang batu dan bijih besi banyak terdapat di wilayah New Castle dan
Wales. Ini menyebabkan England muncul sebagai pengeluar keluli terbesar di
dunia pada masa itu. England telah mengeluarkan 80 juta tan metrik arang batu
dan 225 000 tan metrik keluli. Pengeluaran bahan mentah yang banyak di England telah
menjamin bekalan bahan mentah untuk kilang-kilang di England. Malah, England juga
memperoleh bekalan bahan mentah dari tanah jajahan seperti Asia untuk
kilang-kilang perindustrian.
Seterusnya,
masyarakat industri England mempunyai kemajuan dalam bidang pengangkutan yang
banyak membantu dalam bidang perindustrian seperti penggunaan kuasa wap. Penggunaan
kuasa wap dalam pengangkutan seperti kereta api yang mempunyai gerabak berkuasa
wap dan kapal laut dapat menjimatkan masa perjalanan, menjimatkan kos dan dapat
mengangkut lebih banyak barang. Hal ini juga dapat menjimatkan jarak perjalanan
untuk menghantar sesuatu barang malah memesatkan tempat-tepat di sekelilingnya.
Pertambahan
penduduk juga menyebabkan Revolusi Perindustrian di England. Pertambahan penduduk
dapat mewujudkan bekalan tenaga buruh yang mencukupi di kilang-kilang
perindustrian. Hal ini menyebabkan, banyak kilang perindustrian dibuka dan
beroperasi dengan baik. Contonya, jumlah penduduk England pada tahun 1800
bertambah dari 8 juta ke 32.9 juta pada tahun 1900. Ini menyebabkan bekalan buruh
dan pekerja yang sangat mencukupi untk kilang-kilang beroperasi dan
mengeluarkan barangan industri.
Masyarakat
perindustrian di England juga mempunyai modal yang mencukupi untuk bidang
perindustrian. Contohnya, England memiliki modal dan memusatkan di Bank of
England. Malah, muncul pelbagai institusi perbankan yang memberi kemudahan
pinjaman untuk masyarakat bagi membiayai projek perindustrian. Hal ini
menyebabkan ramai orang melabur dalam bidang perindustrian malah pedagang juga
sanggup melaburkan lebihan modal mereka. Ini kerana bidang perindustrian
sanggup menguntungkan pada masa tersebut dan mempunyai permintaan yang banyak.
Iklim
England juga sangat membantu masyarakat industri. Perusahaan kapas di Lancasire
sangat pesat disebabkan iklim England yang sesuai. Malah, iklim lembap di England
juga sangat membantu dalam perusahaan tekstil. Perusahaan tekstil merupakan
perusahaan tertua di England. Iklim menyebaban masyarakat industri senang
menjalankan kegiatan seperti memintal dan menenun kain-kain kapas. Malah,
bekalan air yang mencukupi dari sekeliling sungai dapat membantu proses
membasuh, mencelup dan melentur pakaian dalam industri tekstil.
Kesimpulannya,
masyarakat industri di England sangat rajin dan mahir sehingga menyebabkan
tercetusnya Revolusi Perindustrian di England. Revolusi pertanian sangat
menyumbang kepada Revolusi Perindustrian dan negara-negara lain perlu
mencontohi England dalam memajukan perindustrian negara masing-masing. Perkembangan
ini menyebabkan England muncul sebagai kuasa imperialis yang terbesar pada
akhir abad ke-19.