Nilaikan pandangan yang dikemukakan oleh Adam Smith dalam perkembangan pemikiran ekonomi di Eropah
Pada
abad ke-18, muncul ramai ahli ekonomi yang cerdik pandai di England yang
mengemukakan idea-idea yang baru dan bernas untuk menyelesaikan masalah ekonomi
England selepas ia melalui Revolusi Perindustrian. Adam Smith telah memainkan
peranan yang sangat penting. Beliau lahir pada awal abad ke-18 di
Glasgow,Scotland. Semasa berumur 14 tahun, Adam Smith memasuki Universiti
Glasgow dan pernah mendapat gelaran Profesor dan Doktor Undang-Undang.
Beliau
memberi keutamaan kepada keseimbangan ekonomi. Adam smith pasti dengan mengikis
sifat mementingkan diri sendiri dalam kegiatan ekonomi akan melahirkan
keseimbangan ekonomi yang sangat baik di England. Keseimbangan bermaksud semua
orang mendapat hak mereka dengan adil dan saksama tanpa sifat pilih kasih dan berat
sebelah. Idea-idea Adam Smith berteraskan tiada pihak yang kurang puas dengan
barang dan perkhidmatan yang diterimanya. Keseimbangan dalam pasaran dapat
memastikan golongan yang miskin dan sederhana dapat menikmati keselesaan yang
adil. Ini dapat memastikan pengeluar berlaku adil dalam menentu harga pasaran
yang menguntungkan kedua-dua pihak pengguna dan pengeluar. Dengan idea keseimbangan
di England dan ini menunjukkan ekonomi negara yang sedang membangun pesat.
Melalui
bukunya ‘The National Gain’ Adam Smith juga mencadangkan perdagangan dan
perusahaan yang bebas. Hal ini kerana beliau percaya pada ‘hukum alam’ kerana
beliau pasti semua orang tahu akan kepentingan dan memikirkan keuntungan tanpa
kerugian. Hal ini dapat memastikan semua orang berkerja keras untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan mereka dengan harga yang berpatutan kepada semua
lapisan masyarakat. Perdagangan berkaitan barang-barang yang diimport dan
dieksport dari dalam dan luar negara. Melalui perdagangan, lebihan barangan
dari negara dapat diimport ke negara lain yang kekurangan dan sangat
memerlukannya. Adam Sith juga mementingkan meritokrasi di mana orang dipilih
untuk memikul tanggungjawab ialah orang yang berkemampuan. Hal ini kerana orang
yang pandai, berminat dan mampu memikul tugas ialah orang yang akan memuat
tugas tersebut dengan sistematik. Manakala, orang yang tidak tahu apa-apa
tentang tugas terseut tidak mungkin akan berjaya. Hal ini menyebabkan,
perdagangan dan perusahaan England semakin hari semakin membangun di benua
Eropah.
Adam
Smith juga mencadangkan perdagangan bebas iaitu Laissez-faire dalam bukunya ‘The
Wealth of Nation’ di mana pedagang dan pengusaha diberi kebebasan untuk
melakukan aktiviti yang mereka minati. Jika dipaksa, mereka akan buat ala kadar
tetapi jika mereka membuat tugas mereka dengan minat, mereka akan membuat
bersungguh. Adam Smith juga inginkan kerajaan tidak campur dan memberi
kebebasan kepada pedagang dan peniaga menjalankan tugas mereka. Ha ini memberi
kebebasan yang sempurna kepada golongan pengeluar menjalankan urusan mereka
dengan mudah tanpa kerenah birokrasi dan ini menyebabkan ramai yang ingin
melibatkan diri mereka dalam kegiatan tersebut. Adam Smith juga ingin kerajaan
masuk campur dalam beberapa hal seperti dalam menjaga kebajikan rakyat kerana
beliau tidak mahu semua orang inginkan keuntungan dengan mementingkan diri
sendiri. Jika kerajaan masuk campur dalam kebajikan masyarakat, maka ia dapat
memastikan golongan miskin dan sederhana juga menerima hak mereka yang
sepatutnya. Ini memastikan semua golongan masyarakat England mendapat hak mereka
yang sepatutnya dengan adil dan saksama.
Adam
Smith juga memberi idea bahawa orang yang mempunyai modal yang mencukupi akan berjaya
dalam perniagaan mereka. Hal ini kerana, tanpa modal kita tidak boleh buat
apa-apa. Adam Smith percaya yang pembahagian tugas seumpama ini akan
meningkatkan pruduktiviti ekonomi negara. Hasilnya, banyak ciptaan yang
berkembang seperti penciptaan alat-alat pertanian dan pengenalan perdagangan
antarabangsa. Dengan adanya jentera dan modal yang mencukupi ia menjimatkan
masa dan berjaya meningkatkan produktiviri ekonomi England.
Kesimpulannya,
fahaman-fahaman Adam Smith di England dengan penubuhan School of Political
Economy berjaya mempengaruhi tokoh seperti Ricardo dan Thomas Malthus. Idea-idea
Adam Smith sangat menepati semua kriteria sehingga sekarang digunakan di
negara-negara lain kerana ia memastikan semua orang mendapat hak yang sama. Idea
beliau menunjukkan hasil yang baik di England di mana England menjadi kuasa
ekonomi yang besar pada abad ke-18 dan 19 di dunia.