Huraikan transformasi ekonomi, sosial dan pendidikan yang dilakukan untuk memelihara kedaulatan di China pada abad ke-19

Apabila Revolusi Perindustrian berlaku di barat, kuasa-kuasa barat mula mencari negara untuk dijajah untuk kepentingannya. China sendiri mengalami kemerosotan kerana campur tangan kuasa barat dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan. Dasar China sendiri yang memandang Barat sebagai Barbarian menyebabkan tercetusnya Perang Candu 1 dan Perang Candu 2 yang merugikan China. China terpaksa mengambil langkah untuk memelihara kedaulatannya pada abad ke-19. Antaranya, ekonomi, sosial dan pendidikan.

Dari segi ekonomi, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perdagangan di Peking. Hal ini kerana, Peking merupakan salah satu bandar utama yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Kerajaan juga telah menukarkan nama kementerian tersebut menjadi Kementerian Pertanian, Perindustrian dan Perdagangan. Pelbagai maktab seperti maktab-maktab teknikal telah didirikan di wilayah untuk memberi latihan kepada penduduk tempatan dalam bidang perusahaan. Hal ini kerana, kerajaan berhasrat melahirkan buruh yang mahir dan berpengalaman dalam bidang perusahaan supaya perusahaan negarannya meningkat dan canggih dengan alatan, mesin dan teknologi. Kerajaan juga memberi galakan kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk menubuhkan kilang. Ini kerana kilang akan mengeluarkan kuantiti pengeluaran yang banyak sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Antara tahun 1903 hingga 1908, terdapat 130 kilang di China. Kerajaan juga menggalakan penggunaan barangan buatan tempatan kerana ianya lebih menguntungkan berbanding barangan negara lain yang perlu diimport dengan harga yang tinggi. Yuan Shih Kai juga mengadakan satu pameran perindustrian di Tientsin. Sebuah dewan juga dipromosi dengan barangan keluaran tempatan di Peking untuk mengalak rakyat menceburi bidang tersebut dan kerajaan juga membina landasan kereta api untuk mempercepatkan proses pengangkutan dan hantaran barang ke tempat lain.

Kerajaan juga melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang sosial. Antara pembaharuannya ialah larangan ke atas perkahwinan antara orang Manchu dengan orang Cina ditarik balik. Selain itu, larangan terhadap amalan menghisap candu dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang awam yang berumur di bawah 60 tahun. Pembaharuan tersebut dilakukan untuk memelihara kedaulatan China. Kerajaan juga telah menghapuskan amalan mengikat kaki dalam kalangan wanita China. Hal ini kerana, amalan tersebut bagaikan menyeksa kaum wanita. Ini menyeksa mereka dengan jangkitan kuman malah tradisi tersebut tidak memberi kebebasan kepada kaum wanita sehingga tidak boleh berjalan atau lari dengan cepat.

Transformasi juga berlaku dari segi pendidikan. Matlamat utamanya melatih pegawai-pegawai kerajaan yang lebih cekap. Pendidikan moden diperkenalkan oleh kerajaan Manchu berdasarkan model pendidikan Jepun yang mempunyai 4 tahap iaitu sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi dan Universiti Peking. Pada awal abad ke-19, Peperiksaan Perkhidmatan Awam kerajaan yang berdasarkan kitab-kitab klasik Cina dimansuhkan dan sukatan pelajaran moden yang mengandungi sejarah China. Kementerian pendidikan juga ditubuhkan untuk menguruskan pelaksanaan sistem pendidikan dan menyelia sekolah. Kerajaan juga menghantar ramai pelajar ke negara Jepun, Eropah dan Amerika untuk menuntut. Perkembangan pesat bidang pendidikan menyebabkan banyak sekolah dan maktab didirikan.


Konklusinya, pembaharuan yang dilakukan telah memodenkan China dan mengubah China daripada mengekalkan tradisi kepada moden. Transformasi tersebut juga menyebabkan China berkembang dengan pesat sehingga mampu bersaing dengan negara-negara lain.

Popular posts from this blog

Huraikan pembaharuan yang dibuat oleh Peter The Great pada abad ke-17 dan 18 di Rusia.

Huraikan faktor-faktor kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899.

Huraikan struktur republik ketiga di Perancis