Bincangkan usaha pengembalian kedaulatan yang dilakukan di China pada abad ke-20

Dekolonisasi merupakan proses pengembalian kedaulatan sesebuah negara yang dijajah dan juga suatu proses kearah pembentukan negara baru yang bebas daripada jajahan dan campur tangan kuasa lain. Di China, dekolonisasi terbahagi kepada dua tahap. Pertama menggulingkan kerajaan Manchu dan kedua ialah membentuk negara China yang bebas daripada campur tangan kuasa-kuasa barat pada abad ke-20.

Usaha pertama ialah tindakan Dr.Sun Yat Sen yang merupakan pemimpin revolusioner yang melakukan revolusi kerana tindakan pihak berkuasa yang menyerang ibu pejabat golongan revolusiner. Gerakan tersebut bermula di Wuchong dan merebak ke tempat-tempat lain seperti Hankow dan Hanyang. Terdapat juga wilayah-wilayah yang diisytiharkan kemerdekaan dan tidak bernaung di bawah pimpinan kerajaan Manchu. Untuk menyekat keadaan tersebut, kerajaan Manchu melantik Yuan Shih Kai untuk menyekat golongan revolusioner. Yuan Shih Kai berjaya menjalankan tugasnya dengan sokongan tentera dan kewangan yang akhirnya membawa rundingan untuk membentuk republik China dan Yuan Shih Kai dilantik sebagai Presiden sementara.

Perlantikan tersebut menyebabkan Yuan Shih Kai melibatkan diri dalam republik tersebut dan tidak melaksanakan perintah kerajaan Manchu dan secara tidak langsung ianya menyebabkan kejatuhan kerajaaan Manchu. Faktor tersebut menolong pembentukan kerajaan demokrasi dimana pilihanraya diadakan untuk wakil Dewan Rendah dan Dewan Tertinggi. Tung Meng Hui diganti ke parti baru iaitu Kuomintang (KMT) dan ianya memenangi banyak kerusi dalam pilihanraya daripada Parti Progresif yang dipimpin oleh Yuan Shih Kai.

Yuan Shih Kai bertindak membunuh pemimpin KMT apabila menyedari kedudukannya tergugat selepas pilihanraya. Yuan Shih Kai juga menyingkirkan pemimpin KMT yang berjawatan dan mangharamkan Parti Kuomintang. Sebagai balasan, pemimpin KMT melancarkan revolusi untuk kali kedua tetapi gagal. Yuan Shih Kai yang gila kuasa pula mencadang untuk melancarkan pemerintahan monarki dengan melantik dirinya sebagai raja tetapi hasratnya tidak terlaksana kerana beliau meninggal dunia.

Kekosongan politik di China menyebabkan Dr.Sun Yat Sen mengharapkan sokongan kuasa barat tetapi gagal menyebabkan beliau mendapat bantuan Rusia yang berfahaman komunis. Hasil daripada rundingan, Parti Komunis China bergabung dengan KMT. Tetapi, gabungan tersebut tidak bertahan lama selepas kematian Dr.Sun Yat Sen kerana penggantinya Chiang Kai Shek bersikap antikomunis. Beliau juga cuba menghapuskan pengaruh komunis dan melakukan pembunuhan beramai-ramai. Semasa Jepun meluaskan pengaruh, gerakan antikomunis diteruskan yang memaksa pihak komunis beralih menyebabkan pemimpinnya Mao Tze Tung memulakan Long March dan Shensi sebagai pusat gerakan baharu.

Perbalahan antara PKC dan KMT berterusan selepas Perang Dunia Kedua sehingga menyebabkan berlakunya beberapa pertempuran. Tindakan pemimpin KMT yang kejam dan dasar probarat dimanfaat oleh golongan komunis untuk mendapat sokongan rakyat dan akhirnya KMT berjaya dikalahkan dan pemimpinnya Chiang Kai Shek berundur ke Taiwan. Beliau membentuk kerajaan demokratik di China. Rakyat china pula bersatu membentuk kerajaan Republik Komunis dan Mao Tze Tung dilantik sebagai presiden yang pertama.

Konklusinya, pengembalian kedaulatan China mendapat sokongan terutamanya daripada kalangan masyarakat petani yang inginkan kerajaan bebas daripada campur tangan kerana mereka mengalami kesulitan yang banyak. Golongan komunis juga berdakyah probarat menyebabkan golongan China menolak KMT sebaliknya menyokong PKC.

Popular posts from this blog

Huraikan pembaharuan yang dibuat oleh Peter The Great pada abad ke-17 dan 18 di Rusia.

Huraikan faktor-faktor kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899.

Huraikan struktur republik ketiga di Perancis