Terangkan organisasi yang terdapat dalam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB)

Kesan daripada Perang Dunia Kedua ialah penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang secara rasminya ditubuhkan pada 1945 kerana Liga Bangsa yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama gagal memainkan peranan yang berkesan untuk menghalang peperangan. PBB berperanan memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan. Sebarang konflik antarabangsa perlu diselesaikan secara aman tanpa kekerasan dan antara enam badan organisasi PBB ialah Sekretariat, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Majlis Amanah, Majlis Ekonomi dan Sosial, Majlis Perhimpunan Agong dan Majlis Keselamatan.

Sekretariat juga merupakan Setiausaha Agung PBB. Tugas utamanya menjalankan kerja-kerja pentadbiran seperti mengendalikan persidangan antarabangsa tentang isu-isu dunia, pengantara jika berlaku pertikaian antarabangsa, memantau masalah ekonomi dan sosial dan mambawa isu antarabangsa yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia.

Kedua ialah Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia. Ia menyelesaikan pertikaian antara negara. Ia mempunyai 15 orang hakim yang dipilih melalui pengundian. Syaratnya, warganegara yang lain dan mewakili di peringkat antarabangsa. Fungsi mahkamah ini ialah mengadili kesalahan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, menyelesaikan masalah yang tercetus akibat isu sempadan negara dan mengadili kes-kes jenayah seperti pembunuhan kaum beramai-ramai, penyeksaan dan layanan yang tidak berperikemanusiaan dan pencerobohan ketenteraan. Keputusan bergantung kapada persetujuan negara-negara yang terlibat untuk mematuhinya.

Majlis Amanah akan menyelia wilayah-wilayah antarabangsa di bawah PBB. Tugasnya ialah menyediakan negara yang belum merdeka yang diamanahkan untuhnya membentuk kerajaan sendiri.

Majlis Ekonomi dan Sosial akan menguruskan hal ehwal ekonomi dan sosial negara-negara anggota dari segi ekonomi, sosial, kemanusiaan dan kebudayaan. Ia bersidang untuk dua kali setahun. Antara agensi di bawahnya ialah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) untuk mengatasi masalah kebuluran, meningkatkan pengeluaran makanan yang seimbang dengan jumlah penduduk dunia dan membaiki sistem agihan makanan. Seterusnya, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan fungsinya meningkatkan taraf kesihatan penduduk dunia. Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) pula berfungsi meningkatkan kehidupan kanak-kanak di dunia. Ia mamastikan kesihatan mereka, mengatasi masalah keganasan, penyakit dan pendidikan.

Seterusnya, Majlis Perhimpunan Agong yang merupakan badan terbesar PBB. Tugasnya melaksanakan matlamat dan prinsip PBB kerana merupakan badan perunding, penyelaras, pemilih dan pengawas kewangan. Majlis ini juga mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan sebarang masalah atau persoalan dalam skop piagam PBB.

Majlis Keselamatan juga majlis yang amat penting kerana berperanan menjaga keamanan dan keselamatan dunia. Majlis ini mempunyai 11 ahli dan 5 ahli tetap iaitu Amerika Syarikat, China, Rusia, Perancis dan United Kingdom. Anggota tetap ini mempunyai kuasa veto iaitu kuasa untuk membatalkan sesuatu usul kerana sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan mereka.


Konklusinya, PBB telah memainkan peranan yang penting seperti menyelesaikan masalah pelarian, menghantar pulang, memberi perlindungan dan menempatkan semula. Ia juga menubuhkan beberapa jawatankuasa khas untuk menangani Dasar Aparteid, Hak Asasi Sejagat, Perebutan Pulau dan Perlumbaan Senjata untuk mengekalkan keamanan dunia yang aman tanpa sebarang peperangan atau konflik. Berbanding Liga Bangsa, PBB lebih baik dan berjaga dalam misinya.

Popular posts from this blog

Huraikan pembaharuan yang dibuat oleh Peter The Great pada abad ke-17 dan 18 di Rusia.

Huraikan faktor-faktor kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899.

Huraikan struktur republik ketiga di Perancis