Perkembangan yang dilakukan oleh Tsar Nicholas II
Tsar
Nicholas II merupakan Tsar terakhir yang memerintah pada awal abad ke-19. Beliau
merupakan seorang pemerintah yang lemah memerintah Rusia tanpa sebarang langkah
pemodenan. Pemerintahannya bercorak autokrat seperti pemerintahan ayah beliau. Beliau juga gagal memahami dan mengatasi
masalah yang berlaku dalam negaranya.
Pada
zaman pemerintahan Tsar Nicholas II, berlaku pembaharuan yang pesat dalam
bidang perindustrian Rusia. Hal ini kerana, banyak kilang dibina sehingga pada
1914 terdapat kira-kira 3 000 000 pekerja kilang di seluruh Rusia. Rusia juga
mendapat pinjaman dari Perancis untuk membangunkan Rusia. Orang yang sangat
bertanggungjawab dalam perkembangan industri Rusia ialah Menteri Kewangan dan
Perdagangan yang bernama Sergei Witte. Beliau telah memainkan peranan yang
sangat penting dalam perkembangan perindustrian negara tersebut. Sergei Witte
juga menggalakan pelabur dari negara luar seperti Perancis dan Jerman untuk
melabur di Rusia kerana beliau tahu bahawa ia sangat menguntungkan negara
tersebut dari segi ekonomi negara. Beliau juga mendapat peruntukan wang untuk
pembinaan landasan kereta api Trans-Siberia. Hal ini kerana, kereta api dapat
menjimatkan kos pengangkutan, masa dan bilangan barang juga dapat ditambah. Faktor
ini sangat menguntungkan Rusia.
Berlaku
juga perkembangan dalam bidang politik pada masa pemerintahan Tsar Nicholas II.
Hal ini kerana, pada masa tersebut muncul banyak parti politik di Rusia seperti
Parti Revolusioner Sosial dan Parti Liberal. Pekerja-pekerja juga mula
mengadakan mogok dan tunjuk perasaan atas kelemahan pemerintahan Tsar Nicholas
II. Tsar Nicholas II bimbang dengan mengambil langkah menghapuskan pengaruh
tersebut dengan menghantar ejen-ejen rahsia ke kilang untuk menubuhkan kesatuan
pekerja dan menghapuskan kesatuan tersebut.
Selain
itu, tercetus juga peperangan antara Rusia dengan Jepun iaitu Perang Rusia-Jepun. Peperangan
ini berlaku kerana kedua-dua negara ingin mempertahankan Manchuria dan Korea
untuk kepentingan ekonomi negara masing-masing. Dalam peperangan tersebut, Rusia
mengalami kekalahan yang teruk. Angkatan Tentera Laut Rusia di timur pula
dimusnahkan oleh Laksamana Togo manakala seramai 90 000 terkorban dan 40 000
lagi telah ditawan. Hal ini sangat mencabar kewibawaan pemerintah pada masa
tersebut. Kesannya, Tsar Nicholas II menerima tawaran daripada Presiden Amerika
Syarikat untuk menamatkan peperangan dengan menjadi orang tengah lalu
termeterainya Perjanjian Portsmouth.
Pada
zaman pemerintahan Tsar Nicholas II, berlaku juga Revolusi yang dikenali
sebagai Revolusi 1905. Peristiwa Ahad Berdarah menyebabkan berlakunya demostrasi
dan mogok di seluruh negara kerana rakyat tidak berpuas hati dengan pemerintahan
beliau. Pekerja-pekerja industri pula bermogok di bandar-bandar seperti Moscow
dan St.Petersburg. Demostrasi yang diadakan di bandar-bandar besar lama kelamaan tersebar ke kawasan pedalaman dan bandar-bandar
kecil seperti Ural dan Siberia. Hal ini menyebabkan penubuhan Soviet dan Majlis
untuk menjadikan gerakan pekerja lebih teratur. Apabila tertubuhnya Soviet yang
sangat mengambil berat dan menolong para pekerja untuk mencabar kewibawaannya,
kerajaan Tsar Nicholas II melumpuhkan Soviet yang melancarkan pemberontakan
bersenjata di Moscow. Beliau juga menahan para pekerja yang menyertai
demonstrasi di Moscow.
Kesimpulannya,
walaupun Tsar Nicholas II membuat banyak penbaharuan tetapi ia tidak mencukupi.
Kesannya, Tsar Nicholas II terpaksa akur kepada rakyat dan mengisytiharkan
manifesto iaitu Manifesto Oktober 1905 dimana beliau telah mengiktiraf hak
asasi manusia menubuhkan Parlimen dan tertubuhnya sistem pemerintahan monarki
berperlembagaan. Beliau juga merupakan Tsar terakhir Rusia.